Benar kata pepatah orang dulu-dulu, 'jauh berjalan luas pandangan'. Bukan saja luas pandangan tetapi bagiku semakin jauh berjalan semakin rindu pada kampung halaman.
Memang teruja bila dapat melihat negara orang atau berada di rantauan namun, jauh di sudut hati kecilku, aku masih mahukan cuaca panas dan hujan di negeri sendiri. Makan nasi berlauk ikan masak lemak atau ikan sembilang masak sambal berlada...Ooh sedapnya.
Biarpun sejuknya udara di Ratingen, Germany, aku tetap rindukan suasana sejuk di Cameron Highlands....
Benar juga kata orang tua-tua, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri namu ada juga yang memilih hujan emas di negeri orang kerana hujan batu di negeri sendiri amat menyakitkan...benarkah?

No comments:
Post a Comment